saat ini anda berada di eljazuly.co.cc, kunjungi juga blog kami di eljazuly19.bogspot.com dan darulamilin.wordpress.com terima kasih sudah berkunjung ketempat kami, silahkan copi+paste kan banner blog kami di blog anda dan kami akan segera meng link anda kembali , mari menjadi manusia menuju kesuksesan dunia akhirat

Kamis, 20 Januari 2011

Maqasid Syar'iyah


Sifatnya yang benar,lurus dan menjadi tumpuan semua
manusia.

Tujuannya untuk menjamin kemaslahatan atau
kebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan
kemudharatan atau keburukan.

Kebaikan dan penghindaran daripada kemudaratan
dapat dilihat sekurang-kurangnya lima maqasid syariah
iaitu:

      1. Memelihara kesucian dan
kepercayaan beragama.
- Merupakan perkara utama yang ditegaskan
menurut susunan maqasid syariah. Islam
datang untuk membebaskan minda dan
kepercayaan manusia daripada belenggu
khurafat,tahyul,kemunafikan dan kesyirikan.
- islam mengajak manusia beriman kepada tuhan
dan (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir
syirik.

    2.Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan
manusia
-Islam mewajibkan setiap individu untukmenjaga keselamatan diri dan melarangkeras perbuatan yang boleh mengancamkeselamatan nyawa diri sendiri.

      3.Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
-Salah satu keistimewaan yang
dianugerah oleh allah ialah akal dan
kekuatan berfikir.
-Manusia diberi status sebagai khalifah untuk
memakmurkan bumi bersesuaian dengan
ketentuan dan perintahnya.
-Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi
segala anugerah alam untuk kesejahteraan.
-Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang
dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak diisi
dengan ilmu pengetahuan,ia akan mengakibatkan
kepada kelemahan kekuatan berfikir.

-Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi
kemanusiaan dan kekhalifahannya.
-kehidupan mereka akan menjadi rendah nilaiannya
dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang
hanya hidup untuk makan,minum dan memuaskan
hawa nafsu sahaja.
-Syariah islam juga menjamin kewarasan dan kekuatan
berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk
perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal oleh
itu, allah mengharamkan arak dan sesuatu yang
memabukkan.

     4. Menjamin kehormatan dan maruah diri
-Kemuliaan dan keperbadian seseorang amat islam
amat mementingkan persoalan ini.
-Lihat kesan kewajipan
bersolat,berpuasa,mengeluarkan zakat,menunaikan
ibadat haji dan lain-lain lagi.
 -Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan
penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian
dan kemuliaan akhlak.
-Tegahan dan larangan allah mempunyai tujuan yang
satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada
terjatuh ke lembah kehinaan.
-Perhatikan kesan pengharaman
zina,mengumpat,bercakap bohong dan mencuri. Allah
telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini.
-Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan allah
dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin
kehormatan dan maruah diri.
5. Menjamin Usaha Pemilikan dan Pemguasaan Harta
-Kehidupan yang sempurna bagi seseorang manusia
bagi seseorang manusia juga amt berkait rapat
dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta.
-Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan
undang-undang tersendiri dalam soal kehartaan.
-Ia dibincangkan secara meluas di dalam disiplin dan
bidangnya yang tersendiri dikenali sebagai FIQH MUAMALAT.
-Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk
mencari
kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t.
- -Pemilikan harta hendaklah diusahakan
melalui cara dan pendekatan yang
diharuskan.Misalnya syariah Islam telah
mengharuskan jual beli dan
mengharamkan riba.
-Dalam usaha pemilikan harta,selain
daripada riba,syariah islam juga telah
mengharamkan perjudian, rasuah dan
pengurangan atau penipuan dalam
timbangan.
-Syariah Islam turut menetapkan cara dan
kaedah tersendiri bagi belanjakan harta
seperti wajibkan zakat kepada harta-harta
tertentu dan amat menggalakkan sedekah
dan pemberian hadiah dalam keadaan
tertentu.

KESIMPULANNYA, inilah 5 perkara yang
dimaksudkan dengan MAQASID SYARIAH.
-Syariat Islam tidak didatangkan melainkan untuk
menjamin kelima-lima perkara diatas dalam
kehidupan semua manusia.
-Kelima-lima perkara tersebut juga dianggap
sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri
setiap individu yang tidak dapat tidak harus
dipatuhi.
-Bagi menentukan bahawa kehidupan semua
individu adalah seimbang,syariah islam telah
menetapkan bahawa semua keperluan ini perlun
diberikan penarafan melalui apa yang disebutkan
sebagai:
* Maslahat Dharuriyyah
* Maslahat Hajiyyah
* Maslahat Tahsiniyyah atau Kamaliyyah


0 komentar:

Posting Komentar

isian nurani anda

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | SharePoint Demo